
Perpustakaan Awam Daerah Dungun dengan kerjasama Perpustakaan Desa (PNM) Zon 10 Terengganu telah mengadakan Program Mesra Komuniti PD Kuala Jengai pada 8 September 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan 'Jigsaw Puzzle' Berpasangan, Pertandingan Bercerita dan sukaneka. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat dan acara penyampaian hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi.

