
Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2012 pada 6 September 2012 bersamaan 19 Syawal 1433H bertempat di Dewan PAD Dungun. Majlis yang bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang ini telah dihadiri oleh Puan Pengarah dan pegawai-pegawai PPAT, kakitangan-kakitangan jabatan sekitar Daerah Dungun, masyarakat setempat dan pengguna perpustakaan. Tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah antaranya, nasi ayam, nasi dagang, laksa, lemang, sate, tapai dan kuih muih.

