
Sempena menyambut bulan Ramadan, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan program mengacau bubur lambuk pada 09 Ogos 2012 bersamaan dengan 20 Ramadan 1433H. Program ini turut melibatkan kakitangan Perpustakaan Desa dan PNM Daerah Hulu Terengganu. Selain kakitangan, agihan bubur lambuk juga turut diedarkan kepada pengguna.

