
Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak dan sambutan bulan kemerdekaan, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Pertandingan Kuiz Ihya Ramadan dan Kemerdekaan pada 8 Ogos 2012. Pertandingan ini melibatkan seramai 50 orang pelajar tingkatan lima daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Guntong yang turut mengadakan lawatan sambil belajar siri kelima ke perpustakaan. Kesemua 50 orang pelajar terbabit turut mendaftar menjadi ahli perpustakaan.

