
Bersempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menganjurkan slot bicara Ramadan bertajuk Rawat Hati, Reset Minda pada 2 Ogos 2012. Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mempelajari teknik menguruskan stres dalaman diri dan mengaplikasikannya dalam tugasan serta kehidupan seharian, berasaskan ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran. Perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh Pn Hajah Fauziah bt Awang, pakar motivasi dan 'master trainer' daripada syarikat AWM Management and Services.

