
Satu Majlis penyerahan pakaian untuk anak-anak yatim sekolah-sekolah Daerah Marang 2012 telah diadakan pada 19 Julai 2012 bertempoat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Majlis ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Biro Perkaya Marang dan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Ybhg. Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Marang. Seramai 200 anak-anak yatim dari sekolah-sekolah Daerah Marang telah menerima pakaian raya yang telah disampaikan dalam majlis tersebut.

