Bagi mengingati serta mempromosikan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dan juga menggalakkan orangramai mengunjungi perpustakaan dalam menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup , Perpustakaan Desa Felda Neram 1, Kemaman telah mengadakan Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012 pada 19 Julai 2012. Pelbagai acara menarik diadakan sempena karnival ini diantaranya Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pra Sekolah, Pertandingan Menyusun Jigsaw Puzzle Tahap II untuk kanak-kanak Orang Asli Sungai Pergam, Pertandingan Dam Ular Gergasi untuk pelajar istimewa PDK (Pusat Dalam Komuniti ), Pertandingan meneka mukasurat buku, pertandingan meniup dan memecahkan belon kategori dewasa, cabutan bertuah, pameran daripada agensi kerajaan/swasta, gerai jualan dan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini. Seramai 380 orang ahli baru telah pun mendaftar pada tarikh tersebut.
Berita & Peristiwa
-
PPAT Meriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 29 Mei 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang…
-
Nadim Bahasa Bukti Kerjasama Utuh PPAT Dan Unisza
PPAT | 27 Mei 2025 – Program Nadim Bahasa anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan…
-
Karnival TECH.COM 2025 Tarik Minat Terengganu Terhadap Teknologi Masa Depan
KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2025 — Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pendidikan STEM di…