
Pejabat Kemas Daerah Setiu telah mengadakan satu karnival yang dinamakan Karnival Pemakanan Sihat 2012 pada 17 Julai yang lalu. Karnival ini telah berlangsung di Pekan Sri Langkap (Sungai Tong) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap. Dalam karnival ini Perpustakaan Desa Pekan Sri Langkap (Sungai Tong) telah dijemput bagi sama-sama memeriahkan mini karnival tersebut yang turut melibatkan beberapa jabatan dan pertubuhan masyarakat di sekitar DUN berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya pertandingan mengira bilangan naskah buku, pertandingan cucuk benang dalam jarum, mewarna dan pertandingan jigsaw puzzle. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Ahli Parlimen Setiu.

