Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menyertai Majlis Sambutan Satu Dekad Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong pada 27 Jun 2012. PADHT telah mengadakan pameran perkhidmatan perpustakaan, pameran bas Perpustakaan Bergerak, kaunter pendaftaran ahli serta pinjaman buku-buku yang dipamerkan. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah turut menyertai sambutan bersempena dengan sambutan ulang tahun sekolah tersebut.. Majlis Perasmian Satu Dekad SMK Kuala Telemong telah disempurnakan oleh Yang Dipertua DUN, Y.B.M. Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang diiringi Pengetua SMKKT To’ Puan Hajah Rahmah binti Ahmad.
Berita & Peristiwa
-
PPAT Meriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 29 Mei 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang…
-
Nadim Bahasa Bukti Kerjasama Utuh PPAT Dan Unisza
PPAT | 27 Mei 2025 – Program Nadim Bahasa anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan…
-
Karnival TECH.COM 2025 Tarik Minat Terengganu Terhadap Teknologi Masa Depan
KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2025 — Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pendidikan STEM di…