Selasa, 28 Februari 2023 15:17

MAJLIS APRESIASI WARGA KERJA PPAT TAHUN 2023

Written by 
Rate this item
(0 votes)
 
Alhamdulillah, hari ini dengan jayanya PPAT telah mengadakan Majlis Apresiasi Warga Kerja PPAT 2023 dengan penuh gilang- gemilang. Kehadiran YB Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terenggganu, Ustaz Ridzuan Hashim sebagai perasmi majlis menambahkan lagi keceriaan.
Penganjuran majlis pada hari ini adalah untuk meraikan warga kerja PPAT yang telah terpilih sebagai Pekerja Cemerlang Tahun 2022. Seramai 13 orang pekerja yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan unit terpilih. Tidak ketinggalan warga kerja yang telah bersara dan akan bersara seramai 8 orang turut diraikan bagi mengenang jasa bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di PPAT.
Majlis Aspresiasi pada kali ini merupakan satu penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga kerja yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan dan memenuhi kehendak serta ekspektasi pelanggan.
YB Pengerusi turut melahirkan harapan agar pekerja yang telah dianugerahkan APC ini agar menjadi pemangkin dan contoh kepada warga kerja yang lain untuk turut sama mencapai kejayaan seperti ini dan terus menerus mencipta kegemilangan dalam pekerjaan.
Majlis Apresiasi pada hari ini juga turut disertai dengan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PPAT dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
 
apresiasi1
 
apresiasi2
 
apresiasi3
 
Read 925 times Last modified on Selasa, 06 Ogos 2024 07:08
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)