MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

mou2024c

 

KUALA TERENGGANU, 30 JULAI 2024 - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertempat di Drawbridge Selatan, Kuala Terengganu. Majlis ini turut disertai bersama 4 agensi yang lain iaitu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Jabatan Mufti Negeri Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Majlis telah diserikan dengan ucapan aluan oleh Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam serta ucapan wakil dari setiap agensi. PPAT telah diwakili oleh Cik Khomzah binti Sheik Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi semasa sesi menandatangani dokumen MoU.
Jalinan MoU ini merangkumi pendigitalan manuskrip, penerbitan, perundingan, penyelidikan serta perkongsian manuskrip fizikal dan digital.
Melalui kerjasama MoU ini akan dapat memperkasakan lagi koleksi PPAT Digital terutamanya koleksi manuskrip untuk rujukan para penyelidik dan orang awam serta sebagai pemeliharaan untuk rujukan generasi akan datang.
Diharapkan kerjasama strategik ini akan dapat mencapai objektif dan berupaya menjana perkongsian idea, kepakaran, sumber bahan dan guna tenaga kepada kedua-dua pihak.
Last modified on Selasa, 06 Ogos 2024 06:57
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)