Berita & Peristiwa

bulan bahasa 2013

Bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu dan Perpustakaan Negara Malaysia Zon Empat, Terengganu telah menganjurkan satu program iaitu Satu Bangsa Satu Bahasa pada 14 Oktober 2013 yang lalu. Program ini telah melibatkan seramai 120 orang peserta daripada pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya  Gaya Peribahasa, Merekacipta Bunting 'Utamakan Bahasa Kebangsaan Kita', Mesej Berantai, Sambungkan Slogan dan Deklamasi Sajak Orang Hulu.

 

 

kem & literasi maklumat

Satu Kem Motivasi dan Terokai Perpustakaan telah diadakan bersama Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa di Perpustakaan Awam Daerah Marang pada 8 Oktober 2013. Objektif program ini adalah untuk membina pengetahuan bagaimana menghadapi peperiksaan, persediaan yang perlu dan juga bagaimana untuk memperoleh ilmu dan maklumat yang betul di Perpustakaan.

 

 

edit 2

Perpustakaan Bergerak Daerah Kemaman telah menyertai  program ‘Kem Membaca 1Malaysia’  bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok (II)  pada 29 Oktober 2013. Diantara aktiviti bersempena dengan program  tersebut ialah Pameran Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak,  Mari Membaca dan  Pendaftaran Keahlian Perpustakaan  Awam Daerah Kemaman. ‘Kem Membaca 1Malaysia’ ini telah dirasmikan oleh Encik Mokhtar bin Sulong merangkap Guru Besar Sekolah kebangsaan Bukit Mentok (II).

JEPAN PAD

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menganjurkan satu taklimat iaitu persediaan asas  mengadapi banjir pada 29 Oktober 2013. Selain itu,  peserta di dedahkan dengan pelbagai  teknik membantu dan menyelamat bencana yang telah dilakukan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kemaman.  Peserta terdiri dari warga Perpustakaan Desa termasuk Warga PNM dan Pekan Kerteh. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Jeffri bin Ibrahim, Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kemaman.

 

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO