
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kuala Telemong, Hulu Terengganu telah menganjurkan program Jalinan Mesra Di Perpustakaan Desa Kuala Telemong pada 17 Disember 2013. Program ini telah melibatkan seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan dewasa. Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Cantum Huruf, Pertandingan Puzzle Berpasangan, Pertandingan Dam Ular Gergasi dan Pertandingan Meneka Jumlah Coklat. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Hajah Maimun binti Ambak, Ketua Wanita UMNO Cawangan Kuala Telemong.




