
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah dijemput untuk menyertai Program Fiesta Merdeka anjuran Perpustakaan Negara Malaysia Zon 4 Terengganu bertempat di Perpustakaan Desa Kampung Getang. Beberapa aktiviti menarik turut disediakan antaranya pendaftran mobile online, meneka mukasurat buku dan kuiz kemerdekaan. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Sham Saiful b. Mahari wakil khas kepada Y.B. Dato' Tengku Putera b. Tengku Awang.



