
Encik Mohamad bin Taib, Pembantu Perpustakaan S17 yang bertugas di PD Kg. Jambu Bongkok telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pekerja Terbaik dan Senyum Sokmo bagi suku tahun ke-2 2013. Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Dato' Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah dalam satu majlis yang diadakan pada 11 Julai 2013 di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.



Pada 17 Julai 2013, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan program Pertandingan Mencari Bilal Muda. Program ini adalah bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan 1434 Hijrah. Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada 11 buah Sekolah Menengah di Daerah Hulu Terengganu telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Sofiyuddin bin Yusoff iaitu Penolong Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu.