Berita & Peristiwa

p. redang1

Pada 24 hingga 26 Jun 2013, Bahagian Rangkaian Perpustakaan dan Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan & Maklumat telah bekerjasama untuk mengadakan Program Perkhidmatan Perpustakaan  di Sek. Keb . Pulau Redang, Terengganu. Bagi menarik minat kanak-kanak di sana, pelbagai aktiviti telah disediakan seperti Jejak Maklumat, Mewarna dan Pertandingan Dam Ular Gergasi. Di samping itu, turut di adakan perkhidmatan ‘Mobile Registration’ untuk pendaftaran ahli baharu dan sekaligus dapat meminjam buku. Objektif program seperti ini diadakan adalah untuk mendekatkan lagi pelajar sekolah di Pulau Redang dengan perpustakaan.

 

wtgh

Pada 29 Jun 2013, satu program Jom Ke Perpustakaan telah diadakan di Perpustakaan Desa Wakaf Tengah, Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Pertandingan Mewarna, ‘Jigsaw Puzzle’, Gubahan Tuala, Mencandat Sotong dan Cabutan Bertuah. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menarik minat kanak-kanak untuk berkunjung ke perpustakaan dan sekaligus dapat merapatkan lagi hubungan antara perpustakaan dengan komuniti setempat bagi mewujudkan komuniti desa yang celik ilmu pada masa akan datang.

stakir

Pada 18 Jun 2013, Perpustakaan Desa Seberang Takir, Kuala Terengganu telah mengadakan satu aktiviti bersama kanak-kanak Tabika KEMAS, Kg. Baru Seberang Takir. Seramai 39 orang kanak-kanak daripada murid Tahap 1 dan Pra Sekolah telah terlibat di dalam aktiviti yang diadakan iaitu Pertandingan Mewarna. Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat kanak-kanak terutamanya peringkat pra sekolah untuk membaca sekaligus dapat merapatkan lagi hubungan antara perpustakaan dengan golongan kanak-kanak.

 

pekanbudaya2013

Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah menyertai Pekan Budaya Daerah Dungun pada 14 hingga 20 Jun 2013 yang bertempat di Perkarangan Muzium Daerah Dungun. Selain pameran dan pendaftaran keahlian perpustakaan, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti sampingan yang disediakan adalah seperti Pertandingan ‘Jigsaw Puzzle’, Dam Ular Gergasi, Kuiz dan juga Teka Muka Surat Buku. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi merangkap ADUN Bukit Besi.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO