Berita & Peristiwa

Doc11

Pada 16 April 2013, Perpustakaan Awam Daerah Besut telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan yang bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Besut. Kursus ini telah disertai oleh 32 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah bersama 3 orang guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Pasir Akar, Besut, Terengganu. Pendekatan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam pengurusan perpustakaan yang berkualiti dan peranan mereka sebagai seorang Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

 

hari buku

Pada 27 April 2013, Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik bersempena Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2013. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah Pertandingan Mewarna, Pertandingan ‘Jigsaw Puzzle’, Dam Ular Gergasi dan juga Pintar Jawi. Seramai 85 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak tadika dan juga sekolah rendah sekitar Daerah Dungun telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan.

 

repta2013

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan kerjasama Kelab Eksplorasi Kuala Terengganu telah mengadakan " Eksplorasi Alam Mendekati Dunia Reptilia" pada hari Sabtu, 4 Mei 2013 bertempat di perkarangan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Pameran mengenai habitat beberapa spesis binatang reptilia iaitu Iguana medium size, Musang, Suggie, Heggie dan lain-lain lagi. Ia telah menarik minat seramai tiga ribu orang hadir menyaksikannya selama satu hari mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

 

atas tol

Sempena Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei 2013 Perpustakaan Desa Atas Tol, Kuala Terengganu telah mengadakan aktiviti mewarna yang melibatkan 22 orang kanak-kanak dan 4 orang ibu. Aktiviti tersebut turut dibahagikan kepada 10 buah kumpulan iaitu sebuah kumpulan di sertai oleh 2 orang adik beradik. Dengan adanya aktiviti sedemikian, akan menarik lagi golongan ibu-ibu datang ke Perpustakaan.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO