Berita & Peristiwa

pd matang

Pada 23 April 2013 Perpustakaan Desa Kampung Matang telah menganjurkan Pertandingan Musang Berjanggut. Program ini telah melibatkan dua buah Tabika KEMAS iaitu Tabika KEMAS Kampung Matang dan Tabika KEMAS Kampung Kepah. Seramai 28 orang pelajar telah menyertai pertandingan terbabit yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Program ini bertujuan untuk mendekatkan kanak-kanak dengan perpustakaan sekaligus dapat memupuk budaya dan minat membaca dikalangan kanak-kanak dari peringkat awal lagi.

 

web pertandingan mewarna 2 jpg 28.4.2013

Bersempena dengan sambutan ‘Hari Buku dan Hakcipta Sedunia’, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-kanak pada 25 April 2013. Seramai 70 orang pelajar dari Tadika Perpaduan Kampung Fikri, Tadika Perpaduan Kampung Paya Berenjut dan Tadika Taman Ros Merah Binjai bersama 9 orang guru pengiring telah menyertai pertandingan ini. Disamping pertandingan mewarna, pelbagai aktiviti turut diadakan iaitu pendaftaran ahli, persembahan boneka, kuiz perpustakaan dan sessi bercerita dan pinjaman buku-buku perpustakaan. Pertandingan melukis tersebut telah dimenangi oleh adik  Rabiatul Batrisa dari Taman Ros Merah, Binjai Kemaman.

 

apc1

Tahniah... Puan Rohayah Binti Yahya, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat PPAT , telah terpilih sebagai salah seorang  daripada 50 orang Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 2013. Beliau menerima anugerah berupa wang tunai RM5,000, pakej menunaikan haji  berserta sijil. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 30 April 2013.

 

KURSUS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Pada 30 April 2013, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan kepada 57 orang Pengawas Perpustakaan Pusat Sumber dan 3 (tiga)  orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman. Kursus ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan  kepada Pengawas Perpustakaan Pusat Sumber mengenai peranan dan tanggungjawab mereka mengenai  pengurusan perpustakaan. Pada tarikh yang sama Penolong Pegawai Perpustakaan Kemaman telah membuat penyampaian hadiah kepada peminjam buku terbanyak setiap kategori bagi bulan April 2013.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO