
Tahniah.. Puan Aziah bt. Ariffin, Pembantu Tadbir dari Unit Perancangan dan Pembangunan ,Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pekerja Terbaik dan Senyum Sokmo bagi Suku Tahun Pertama Tahun 2013. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Puan Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah, Pengarah PPAT dalam satu majlis yang diadakan pada 4 April 2013 di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.




