Berita & Peristiwa

aktiviti gertak seratus baru

Perpustakaan Desa Kampung Gertak Seratus dengan kerjasama JKKK serta agensi-agensi kerajaan lain termasuk AADK, KEMAS, RELA, PDRM dan Jabatan Perpaduan telah mengadakan pameran serta pelbagai aktiviti yang bersesuaian bersempena dengan perasmian bangunan baharu AADK yang berkonsepkan Caring Community House (CCH) pada 26 Februari 2013. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK Malaysia iaitu Puan Sri Dato' Hajah Zuraidah Binti Haji Mohamed dan turut hadir bersama ialah Y.B. Nawi Bin Mohamed iaitu ADUN Hulu Besut. Seramai 400 orang pengunjung telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

 

Gotong royong baru

Sempena Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Daerah Besut 2013, Perpustakaan Awam Daerah Besut juga tidak ketinggalan mengadakan satu Program Gotong-Royong Perdana pada 27 Februari 2013. Seramai 22 orang kakitangan daripada Perpustakaan Awam Daerah Besut dan Perpustakaan Desa di sekitar Daerah Besut telah mengambil bahagian dalam menjayakan program ini.

 

ceramah 3-3-2013

Satu program Wacana Keluarga “Cabaran Institusi Keluarga Islam Masa Kini” kerjasama antara Yayasan Pembangunan Keluarga, Perpustakaan Awam Daerah Marang & Wanita Daerah Marang telah diadakan pada 3 Mac 2013 bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Seramai 200 orang peserta hadir pada program tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Binti Musa, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Daerah juga mengambil peluang mempromosikan perkhidmatan dan bahan-bahan perpustakaan kepada peserta.

 

kem

Kem Akademik Ekonomi Penggal 2 Daerah Marang adalah satu program kerjasama antara Pejabat Pelajaran Daerah Marang dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 Marang dan juga Perpustakaan Awam Daerah Marang. Program ini diadakan pada 9 Mac 2013. Seramai 180 peserta terdiri daripada pelbagai Sekolah Menengah Daerah Marang terlibat. Penceramah adalah Puan Zainoon binti Othman, guru SMK Tg. Bariah. Pihak Perpustakaan juga turut mempromosikan perkhidmatan yang ada dan juga mengadakan pameran buku serta mempromosikan bahan-bahan yang bersesuaian dengan program.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO