Berita & Peristiwa

pendidikan khas

Seramai 14 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Chendering telah menghadiri Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan yang diadakan pada 8 April 2013 di Bilik Seminar, PPAT. Para peserta adalah terdiri daripada mereka yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. Modul-modul yang diajar sepanjang kursus ini diadakan, telah dibantu oleh seorang guru yang bertindak sebagai juru alih bahasa bagi memudahkan para peserta memahami pembelajaran modul tersebut.

 

blok 2

Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Syarikat Noor Arfa Holding Sdn. Bhd. telah menganjurkan satu Pertandingan Mewarna Blok Batik pada 10 April 2013. Program ini telah melibatkan 30 orang pelajar daripada 10 buah sekolah yang terpilih di sekitar Daerah Hulu Terengganu. Antara salah satu syarat pertandingan ini, kesemua peserta dikehendaki mendaftar menjadi ahli perpustakaan. Disamping dapat menambah bilangan keahlian perpustakaan, ianya juga dapat mencungkil bakat dan kreativiti para pelajar.

 

pekan budaya (2)

Tanggal 22 Mac hingga 28 Mac 2013 Perpustakaan Awam Daerah Marang telah menyertai pameran sempena sambutan Pekan Budaya Daerah Marang 2013. Perasmian Pekan Budaya Daerah Marang 2013 telah dirasmikan oleh Tuan Haji A. Rahman bin Che Ali iaitu Pegawai Daerah Marang merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pekan Budaya 2013 bertempat di Dataran Pantai Peranginan Kelulut, Marang. Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Abdul Rahman bin Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang dan juga Ketua-Ketua Jabatan sekitar Daerah Marang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Dam Gergasi, Permainan Puzzle &Teka Muka Surat Buku. Sambutan diberikan oleh penduduk setempat amatlah menggalakkan.

 

praktikal

Pada 1 April 2013 Perpustakaan Awam Daerah Marang telah mengadakan Program Bersama Kanak-Kanak Tabika KEMAS dengan kerjasama pelajar-pelajar praktikal daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti persembahan boneka daripada pelajar Praktikal UiTM, pertandingan mewarna, pertandingan puzzle dan kuiz spontan. Program ini telah disertai oleh 45 orang kanak-kanak daripada dua buah tabika iaitu Tabika KEMAS Alor Pakbang dan Tabika KEMAS Rhu Rendang.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO