Berita & Peristiwa

KURSUS HRMIS 2 2-1

Seramai 20 orang kakitangan Kumpulan Sokongan telah menghadiri Latihan HRMIS - Modul Sasaran Kerja Tahunan Siri 3/2013 yang diadakan pada 3 Mac 2013 bertempat di Bilik Multimedia, PPAT. Latihan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan.

 

azran

Pada 28hb Februari 2013, satu program Hari Terbuka telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Saujana, Setiu. Perpustakaan Awam Daerah Setiu turut terlibat dalam menjayakan program ini seperti mengadakan pameran, pertandingan Dam Ular Gergasi, Kuiz Minda perpustakaan, Teka jumlah buku dan pendaftaran keahlian perpustakaan secara percuma. Program ini dimeriahkan lagi  dengan kedatangan Y.B. Tuan Haji Abd Halim Bin Jusoh (ADUN Permaisuri) dalam menjayakan program ini. Seramai 200 orang pengunjung hadir di gerai perpustakaan dan seramai 100 orang telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Setiu.

 

WEBPG

Seramai 96 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dari Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA Kampus Machang, Kelantan telah mengadakan lawatan sehari ke Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) pada 28 Februari 2013. Rombongan ini telah dibawa melawat ke bahagian-bahagian yang terdapat di PPAT.

 

indoor games sreen shoot name

Pada tanggal 4 Mac 2013 bertempat di Ruang Legar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu Kelab Sukan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PERPAT) anjuran Biro Sukan, Kesenian dan Rekreasi telah menganjurkan pertandingan permainan dalaman. Antara permainan dalaman

yang dipertandingkan ialah congkak, batu seremban, karom, dart dan dam ular gergasi.  Seramai 40 orang warga kerja PPAT telah berkesempatan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini di adakan bagi memberi peluang kepada warga kerja PPAT untuk beriadah dan juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah sesama mereka. Antara senarai pemenang untuk pertandingan permainan dalaman ialah:

 

Congkak

Tempat Pertama - Puan Zaidah binti Zakaria

Tempat Kedua - Puan Natipah binti Abdullah

Tempat Ketiga - Puan Norrinal binti Othman

 

Batu Seremban

Tempat Pertama - Puan Azlinawaty binti Muda

Tempat Kedua - Puan Zaidah binti Zakaria

Tempat Ketiga - Puan Tuan Anisah binti Tuan Besar

 

Dart

Tempat Pertama - Encik Mohd Fauzillah bin Md. Jaafar

Tempat Kedua - Encik Mazli bin Che Mamat

Tempat Ketiga  -Encik Zaidi bin Ismail

 

Karom

Tempat Pertama - Encik Ahmad Shahrir bin Aziz

Tempat Kedua - Encik Mohd Fauzillah bin Md. Jaafar

Tempat Ketiga - Encik Mazli bin Che Mamat

 

Dam Ular Gergasi

Tempat Pertama - Encik Mohd Zaki bin Mansor & Encik Thalaha bin Kassim

Tempat Kedua - Encik Alias bin Yahya & Encik Rashid bin Ibrahim

Tempat Ketiga - Encik Mat Zain bin Alui

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO