Berita & Peristiwa

lukisan dkwah 2

Sempena menyambut bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan satu Pameran Lukisan Dakwah Islamiyah. Pameran ini diadakan sepanjang bulan Rabiul Awal 1434H. Pemeran ini bertujuan menyampaikan dakwah kepada orang ramai melalui watak lukisan kartun. Lukisan kartun yang menarik dan bersahaja ini mengandungi pelbagai unsur-unsur dakwah termasuklah unsur-unsur mengenai solat, aurat wanita, sunnah Nabi, taubat, soal hukum haram dan sebagainya. Pameran ini dapat menarik minat semua peringkat umur pengguna dari kanak-kanak hingga dewasa.

 

Maulud Nabi2

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Pertandingan Mewarna Salam Maulidur Rasul pada 26 Januari 2013 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1434H. Pertandingan ini diadakan adalah bagi meraikan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W serta mendidik kanak-kanak seawal usia bagi mencintai Rasulullah. Pertandingan ini telah disertai seramai 13 orang peserta.

 

webvisual

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan Kejasama Kelab Belia Eksplorasi Kuala Terengganu telah mengadakan Bengkel Asas Seni Visual kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah di sekitar Kuala Terengganu. Bengkel tersebut telah diadakan pada 19 Januari 2013 mulai jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang di ruang Lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan  dikendalikan oleh Dr Abdullah Sani dari Ganu D'Art Galery telah menarik peserta seramai 150 orang untuk menyertainya.

 

web Fikri  cakna-perpustakaan-pd-fikri-baru (2)

Perpustakaan Desa Kampung  Fikri  telah menjayakan   satu program  "Cakna Perpustakaan”  pada 27 Jan 2013. Sambutan mengalakkan dari  komuniti Setempat , Persatuan Belia  dan Agensi  yang  telah menunjukkan rasa prihatin dan telah mengambil inisiatif untuk membantu dengan mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersih serta menyimpan segala bahan-bahan perpustakaan yang rosak akibat banjir pada 26 Dis.2012.  Aktivis sukarelawan ini adalah dari Majlis Belia Negeri Sembilan,seramai 70 orang ini, telah memeriahkan program dengan  pameran 13 buah kereta Volkswagen pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti Perpustakaan diadakan  semasa gotong royong berjalan diantaranya  Pertandingan Mewarna kanak-kanak Tadika KEMAS (seramai 50 orang)  dan PERPADUAN ( seramai 15 orang), Pertandingan meneka muka surat buku, Peminjam  Buku Terbanyak kategori  kanak-kanak dan dewasa dan Kuiz Spontan Sempena Sambutan  Maulidiur Rasul 1434H/ 2013M. Perpustakaan Desa Kampung Fikri telah menerima sumbangan buku terbitan DBP dan sebuah Komputer meja yang telah  disampaikan  oleh Puan Asfalindar bt Anuar selaku Pegawai Khas Kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO