Berita & Peristiwa

besut

Kursus pengurusan perpustakaan telah diadakan di Perpustakaan Awam Besut bertarikh 20 Februari 2013, melibatkan seramai 40 orang pengawas perpustakaan Sekolah Menengah Tengku Mahmud 2. Kursus yang diadakan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pengawas perpustakaan akan jenis perpustakaan dan peranan mereka dalam melahirkan para pelajar cemerlang di peringkat sekolah.

 

Pada 6hb Feb. 2013 diadakan Seminar Pinggan Sihat anjuran pejabat kesihatan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Setiu. Pelbagai agensi telah telibat dalam program ini seperti Kesihatan, Pejabat pendidikan, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah sekitar di Daerah Setiu in. Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengadakan pendaftaran keahlian seramai 187 orang, pertandingan Dam Ular Gergasi, Pameran dan Pertandingan Kuiz untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini mendapat sambutan yang mengalakkan dan ramai yang dapat mengenali lebih dekat kemudahan yang ada di Perpustakaan Awam Daerah Setiu ini bagi pengunjung datang ke Perpustakaan ini dan dapat meminjam buku -buku yang terkini terdapat di perpustakaan ini.

 

 

jomsihat2

Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan program Jom Sihat di Perpustakaan pada 27 Februari 2013. Objektif utama program ini diadakan adalah bagi memupuk kakitangan perpustakaan dan masyarakat supaya sentiasa menitikberatkan kesihatan. Beberapa aktiviti turut dijalankan antaranya ialah senamrobik, pertandingan mewarna buah-buahan,pertandingan menu sihat,pemeriksaan dan pameran kesihatan serta cabutan nombor bertuah. Majlis penyampian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Puan Norhazwani binti Abd. Razak, Pegawai Zat Pemakanan dari Klinik Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.

 

senyum 1-1

Puan Zawiah binti Mat Zin yang bertugas sebagai Pembantu Am Pejabat di PD Kg. Nasi Dingin, Hulu Terengganu telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pekerja Terbaik dan Senyum Sokmo bagi Suku Tahun Ke-4 Tahun 2012. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Puan Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah, Pengarah PPAT dalam satu majlis yang diadakan pada 28 Februari 2013 di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO