Berita & Peristiwa

kik2013

Tahniah... Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu yang diwakili oleh Kumpulan R.E.A.D telah berjaya meraih ‘Anugerah Emas’ sempena Mini Konvensyen On Team Excellence Wilayah Pantai Timur yang telah diadakan di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu pada 28 Mac 2013. Kumpulan R.E.A.D dianggotai seramai tujuh orang peserta dan seorang Fasilitator iaitu En. Kamarulzaman bin Mahmood . Piala dan sijil kemenangan telah disampaikan oleh Pengarah MPC Wilayah Timur, En. Kamarulzaman bin Kassim.

 

tok jiring

Pada 3 April 2013, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Seramai 81 orang pelajar daripada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah telah terlibat dalam kursus ini. Antara modul yang diajar sepanjang kursus ini diadakan ialah modul perolehan, katalog dan pengelasan serta proses teknik bahan.

 

maksak 2013

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah menyertai kejohanan futsal MAKSAK bagi kategori lelaki terbuka pada 28 hingga 30 Mac 2013 yang lalu. Kejohanan ini merupakan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu (PEDATA). Sebanyak 24 pasukan yang terdiri daripada pejabat dan agensi kerajaan di Negeri Terengganu telah menyertainya. Kejohanan futsal ini telah dilangsungkan di gelanggang futsal Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pasukan PPAT telah mendapat tempat kedua peringkat kumpulan dan seterusnya berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

 

pic 1

Pada 18-19 Mac 2013, Perpustakaan Awam Daerah Besut telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan dan Penjilidan Bahan yang bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Besut. Kursus ini melibatkan seramai 40 orang murid bersama 4 orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin, Besut. Antara pengisian pembelajaran yang diajar sepanjang kursus ini  ialah memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu kepustakawanan dan proses penjilidan bahan-bahan perpustakaan.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO