Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan satu program “Permata Perpustakaan” bersempena dengan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2013 pada 18 April 2013. Para peserta program terdiri dari pelajar Tadika Al-Jannah Siber, Gong Limau Kemaman. Seramai 75 orang pelajar yang berusia 3 hingga 6 tahun dengan disertai guru pengiring telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya persembahan boneka, mengenal buku, kuiz, bercerita dan sesi kraftangan. Aktiviti dimulakan dengan sesi memanaskan badan dengan senaman lagu “Oppa Gangnam Style “dan diteruskan dengan sesi bercerita oleh kanak-kanak tadika, kuiz, persembahan boneka dan sesi kraftangan. Aktiviti berakhir dengan penyampaian belon oleh Pegawai Malaysia Building Society Berhad (MBSB).
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menerima lawatan dari kanak-kanak Pra Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman pada 17 April 2013. Seramai 54 orang murid tadika bersama 4 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini. Pelbagai aktiviti bersempena dengan “ Hari Buku dan Hari Hakcipta Sedunia 2013” telah diadakan diantaranya sesi pertama dimulai Persembahan Boneka, Mari Mengenal Buku, Kuiz Perpustakaan dan Mendengar Cerita. Manakala aktiviti sesi kedua dengan Persembahan Kanak-kanak Bercerita dan Permainan Pertandingan Dam Ular Gergasi.
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menerima lawatan pada 24 April 2013 (Rabu), daripada pelajar Pendidikan Khas SMK Sultan Ismail, SMK Cheneh Baru dan SK Ibok, Kemaman di bawah “Program 4U2C“ yang diadakan setiap bulan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman. Seramai 61 orang pelajar bersama 12 orang guru pengiring mengikuti lawatan pada bulan ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya persembahan boneka oleh pelajar, sesi karaoke, kuiz dan sesi kraftangan. Aktiviti lawatan pada hari ini dimulai dengan sesi memanaskan badan dengan senaman lagu “Oppa Gangnam Style“. Kemudian aktiviti diteruskan dengan persembahan boneka oleh pelajar-pelajar, kuiz dan sesi kraftangan.
Pada 27 April 2013, bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan HakCipta Sedunia 2013, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan beberapa aktiviti sampingan bagi menarik minat golongan kanak-kanak hadir ke perpustakaan sekaligus menjadikan buku sebagai teman membaca. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bercerita bersama Kak Tie, Pertandingan Puzzle, Pertandingan Menampal Poster Kulit Buku dan Pertandingan Membina Perkataan daripada ayat yang telah disediakan iaitu ‘Perpustakaan dan Keluarga Paling Aktif Meminjam Buku’. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 120 orang kanak-kanak.