Berita & Peristiwa

PINJAPRIL

Tahniah kepada pemenang -pemenang Peminjam Buku Terbanyak bagi bulan April 2013 iaitu Encik Mohd Maliki bin Sulong dari Kampong Seberang Baroh, Kuala Terengganu. Bagi kategori Kanak-Kanak pula dimenangi oleh adik Nurul Faqihah Balqish bt. Ramli dari Kampong Pulau Rusa Kuala Terengganu. Pertandingan ini diadakan pada setiap bulan mulai Mac hingga Disember 2013. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah PPAT, Hajah Nor Akmal bt. Abdul Fatah pada 12 Mei 2013.

 

WEBHOSPT

'Sekolah Kita', Pusat Rawatan Harian Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu  dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengadakan aktiviti Persembahan Boneka, Kraftangan, Bercerita serta memperkenalkan bahan-bahan bacaan kepada pesakit pada 14 Mei 2013 . Ia meliputi pesakit-pesakit dalam kategori Pra Sekolah dan Sekolah Menengah Rendah antara Objektifnya  ialah merupakan kesinambungan pembelajaran untuk pelajar-pelajar yang menerima rawatan di Wad tersebut terutama pesakit yang berada terlalu lama di Wad dan ‘daycare’ (pesakit kronik seperti Thalasemia). Antara lainnya ialah memberi peluang kepada pesakit yang menerima rawatan untuk turut serta menyertai aktiviti yang diadakan. Seramai lima belas orang pesakit telah menyertainya tersebut dalam masa dua jam. Aktiviti ini diadakan pada setiap bulanan mulai bulan Mei 2013.

page

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menganjurkan  satu  taklimat berkaitan  pencegahan kebakaran pada hari Selasa, 28 Mei 2013. Penerangan disertai paparan visual dan tatacara penggunaan alat pemadam api  tersebut telah disampaikan oleh Encik Raymond Lim dari Pusat Pencegahan Kebakaran Malaysia yang turut dihadiri oleh semua Warga Perpustakaan Awam Daerah dan Desa serta Warga PNM.

 

dam-ular-gergasi

Sempena cuti pertengahan tahun 2013, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan pelbagai aktiviti di antaranya ialah pertandingan Dam Ular Gergasi yang telah diadakan pada 5 Jun 2013. Pertandingan ini terbuka kepada semua kategori pengguna.

 

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO