Berita & Peristiwa

smk jenagor

Pada 2 Julai 2013, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah dijemput untuk turut sama menyertai program sambutan Hari Terbuka Pusat Sumber dan Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor, Hulu Terengganu. Pelbagai pengisian aktiviti yang menarik disediakan antaranya ialah Pendaftaran Keahlian Secara Atas Talian, Pertandingan Kuiz Perpustakaan, Pertandingan Meneka Muka Surat Buku dan Pertandingan Dart.

 

Pesta Pantai Terengganu 2013

Pesta Pantai Terengganu telah diadakan selama empat hari bermula  27 – 30 Jun 2013 yang lalu bertempat di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir. Pesta ini dikelolakan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu. PPAT turut menyertai dengan membuka booth untuk mempromosikan perkhidmatan Pendaftaran Keahlian. Di samping itu juga diadakan aktiviti sampingan bagi pengunjung yang berada di booth PPAT. Aktiviti yang diadakan ialah Peraduan Teka Muka Surat Buku dan kuiz PPAT. Pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, BOMBA, Agensi Anti Dadah , KEMAS dan juga usahawan IKS turut mengambil bahagian. Selain daripada itu juga aktiviti seperti kebudayaan, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan dan masakan, pertandingan hiasan arnab tercantik dan juga pertandingan hiasan pondok/bangsal tercantik turut diadakan.

Gambar edit

Pada 4 Julai 2013, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah turut sama menyertai Pameran Info Kerjaya bertempat di Sekolah Menengah Rantau Petronas. Pelbagai  pengisian aktiviti yang menarik disediakan antaranya ialah Pendaftaran Keahlian, Pameran Koleksi Buku-Buku Baharu, Permainan Dam Ular Gergasi, Teka Muka Surat Buku, Permainan Wayar Elektrik dan Kuiz Spontan.

Seni Muzik

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengadakan program Eksplorasi Seni Muzik pada 29 Jun 2013 (Sabtu). Program ini adalah kerjasama Kelab Belia Eksplorasi Terengganu. Program yang berlangsung selama 4 jam ini telah dihadiri seramai 30 orang ahli perpustakaan. Program ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Taufiq b. Mohd Nor seorang fasilitator yang berpengalaman dalam seni gitar.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO