
Pada 27 Jun 2013, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengadakan satu Aktiviti Bersama Murid Pemulihan Khas Sek. Keb. Saujana Setiu. Antara pengisian aktiviti yang telah dibuat adalah seperti pertandingan mewarna, bercerita dan juga tayangan Multimedia. Seramai 50 orang murid telah menyertai aktiviti tersebut dan turut sama menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Setiu.



Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu ( PPAT) telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Hadiah Pinjaman Buku Terbanyak bagi peminjam buku terbanyak bagi Kategori Dewasa dan Kanak-Kanak. Ianya bermula pada bulan Mac 2013. Pemenang bagi bulan Jun telah dimenangi oleh Adik Nurul Faqihah Balqish bin Ramli bagi kategori Kanak-kanak manakala Puan Rohaizam binti Yahya bagi kategori Dewasa. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah PPAT, Dato’ Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah pada 16 Julai 2013.