Berita & Peristiwa

web site fikri muffin

Perpustakaan Desa Kampong Fikri, Kemaman telah mengadakan  satu program "Sehari Bersama Pengunjung Fikri" yang diadakan pada 8.6.2013. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut iaitu Pameran buku-buku masakan terbaru, Demonstrasi pembuatan kek muffin oleh Puan Normah bt Majid, Teka muka surat buku dan Penyampaian peminjam buku terbanyak. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program tersebut manakala peminjam buku terbanyak bagi bulan Mei dimenangi oleh adik Nik Fateh Zulaikha  binti Nik Mat.Penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Encik Sulaiman bin Ahmad, Timbalan Pengerusi JKK Kampog Fikri.

 

jpa2

Seramai 25 orang dari Kumpulan Pegawai Penilai Kedua telah menyertai latihan HRMIS bagi Modul pengurusan prestasi sasaran kerja tahunan (SKT), telah diadakan di Bilik Multimedia PPAT selama sehari pada 16 Jun 2013. Latihan ini dikendalikan oleh Encik Rijaluddin Muda dan Puan Yulianiza Abdul Rahman dari Bahagian Khidmat Pengurusan PPAT.

 

 

s.k ibn qayyim

Pada 19 Jun 2013 Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Seramai 32 orang pelajar dan 4 orang guru  daripada Sekolah Rendah Ibn Qayyim, Kuala Terengganu telah terlibat dalam kursus ini. Antara modul yang diajar sepanjang  kursus ini diadakan ialah modul perolehan, katalog dan pengelasan,serta proses teknik bahan. Di akhir kursus, diadakan juga orientasi perpustakaan bagi mendedahkan para peserta kepada perkhidmatan yang disediakan oleh PPAT.

 

SAINS INOVASI

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menyertai “ Minggu Sains Teknologi & Inovasi “ yang telah diadakan pada 24 Jun 2013 hingga 27 Jun 2013,  bertempat di  Dewan Seri Amar Diraja, Kemaman. Perpustakaan Awam Daerah telah menyertai pameran sains tersebut dengan mempamer serta menggunakan alat pameran yang dikenali sebagai  “DICE-KIT” yang telah dimenangi oleh Kumpulan KIK PPAT di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia 2012. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti kuiz perpustakaan , teka muka surat buku dan pameran  Perpustakaan. Majlis  Perasmian penutup telah dilakukan oleh Y.B. Dato' Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Sains,Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Negeri Terengganu.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO