Berita & Peristiwa

mengupas epal (1)

Pada tanggal 17 Mei 2013, Perpustakaan Desa Seberang Takir mengambil inisiatif bagi menarik minat kaum ibu untuk berkunjung ke perpustakaan iaitu dengan mengadakan Pertandingan Mengupas Kulit Epal Tanpa Putus. Pertandingan ini telah mendapat sambutan seramai 14 orang pengunjung dewasa.

 

cats (1)

Pada 11 Mei 2013, Perpustakaan Desa Seberang Takir telah mengadakan aktiviti Musang Berjanggut kepada pengunjung perpustakaan. Aktiviti ini telah dibahagikan kepada 5 buah kumpulan dan seramai 24 orang kanak-kanak telah menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti sebegini telah menarik minat kanak-kanak untuk ke perpustakaan dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara mereka.

 

PD dan PDK

Pada 14 Mei 2013, Perpustakaan Desa Felda Bukit Bading telah menganjurkan satu program ramah mesra iaitu Perpustakaan Desa Bersama Pusat Dalam Komuniti Felda Bukit Bading. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara perpustakaan dan dengan pelajar-pelajar istimewa. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti Pertandingan Junjung Buku, Pertandingan Dam Ular Gergasi dan Pertandingan Susun Blok. Seramai 10 orang pelajar dan lima orang guru pengiring telah menyertai program tersebut.

 

guli doh

Pada tanggal 20 Mei 2013, Perpustakaan Desa Perumahan Tok Randok telah menganjurkan satu Program Demonstrasi Menguli Doh Mainan Kanak-Kanak. Seramai 30 orang peserta daripada golongan dewasa dan kanak-kanak telah menyertai demonstrasi tersebut. Puan Noorhana Ishak daripada Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Perumahan Tok Randok telah dijemput hadir untuk membuat demonstrasi untuk menguli doh mainan. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar dan merangkap sebagai Pengurus Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Perumahan Tok Randok.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO