Berita & Peristiwa

rayapadht

Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Hulu Terengganu dan Bestari.Com DUN Kuala Berang telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 29 Ogos 2013 yang lalu. Pelbagai juadah menarik turut disediakan buat pengunjung yang hadir pada hari berkenaan.

web perwaja 

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2013 telah  mengadakan satu program ‘ Sehari Bersama Komuniti Taman Perwaja dan Perpustakaan Bergerak’ pada 29 Ogos 2013. Program ini bertujuan merapatkan hubungan diantara di antara warga Perpustakaan, khususnya Perpustakaan Bergerak dengan warga Setempat yang  telah dihadiri  seramai 180 orang.Pelbagai  aktiviti telah diadakan seperti Mewarna kategori kanak-kanak, Pertandingan dam ular gergasi, Persembahan bercerita, Persembahan boneka, kuiz  dan Pameran bahan-bahan Perpustakaan. Penyampaian hadiah pertandingan dan peminjam buku terbanyak Perpustakaan Bergerak telah dilakukan  bersama oleh Encik Zamzuri Izani bin Abu Hassan, Wakil Perniagaan MBSB Wilayah Timur.

jom santai

Tanggal 10 September 2013 yang lalu, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama empat orang pelajar praktikal daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam telah menganjurkan satu program yang dinamakan Jom Santai Di Perpustakaan. Program ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar tabika daripada lima buah sekolah terpilih di Daerah Hulu Terengganu. Antara perisian program tersebut adalah Mari Bercerita dan Bernyanyi, Pertandingan Kolaj, Pertandingan Bawa Bola Ping Pong, 'Music Chair' dan Berebut Gula-gula.

lawatan dari sk pauh pendidikan khas 11 sept 2013

Pada 11 September 2013, seramai 25 Pelajar Pendidkan Khas dan 10 orang guru pengiring dari SK. Kg. Pauh telah mengunjungi Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti bercerita, permainan dalaman, berebut gula-gula dan kenali perpustakan sambil membaca.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO