
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu program iaitu Pertandingan Tulisan Khat pada 26 September 2013 yang lalu. Pertandingan ini melibatkan seramai 35 orang pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang. Pihak perpustakaan juga turut membuka keahlian kepada peserta yang terlibat.




