Berita & Peristiwa

tahsin 2013

Perpustakaan Awam Daerah Marang dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Marang telah mengadakan Program "JOM KE PUSTAKA" pada 13 November 2013, bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Marang. Program ini bertujuan untuk mempromosikan perpustakaan dan perkhidmatan yang ada bagi menarik para pelajar ke perpustakaan pada musim cuti persekolahan nanti. Beberapa aktiviti telah diadakan seperti pertandingan bercerita, pertandingan deklamasi sajak & pertandingan seni khat. Seramai 48 orang peserta daripada 16 buah sekolah telah menyertai pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

 

 

web asyura44 2013

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab,  asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Justeru itu, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman bersama Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah menyertai Program Pertandingan Memasak Bubur Asyura anjuran Pejabat  Daerah Kemaman yang diadakan di Tapak Pasar Tani Pekan Kertih pada  16.11.2013 ( Sabtu). Perasmian Program pertandingan tersebut telah dilakukan oleh Y.A.B Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

 

 

bubur sure 2013

Bersempena dengan sambutan bulan Muharam 1435H, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Program Mengacau Bubur Asyura pada 21 November 2013 yang lalu. Program ini telah melibatkan seramai 24 orang kakitangan yang merangkumi kakitangan Perpustakaan Awam Daerah, petugas perpustakaan desa,pengawal keselamatan dan kakitangan pencucian. Program yang diadakan ini bertujuan ingin merapatkan lagi hubungan diantara kakitangan.

 

 

 

gambar

Bagi meningkatkan kemahiran dalam kerja-kerja pembaikian buku-buku rosak, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah mengadakan Bengkel Pembaikian Ringan Buku-Buku Rosak pada 20 November 2013. Seramai 45 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada kakitangan PAD Kemaman, PAD Dungun dan PAP Kerteh serta Petugas Perpustakaan Desa PPAT dan Perpustakaan Desa PNM Daerah Kemaman dan Daerah Dungun. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Puan Zawiyah Ibrahim dari Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat, PPAT.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO