
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Desa Nasi Dingin, Hulu Terengganu telah menganjurkan satu program iaitu Program Hari Terbuka Perpustakaan Desa Nasi Dingin pada 7 Disember 2013 yang lalu. Seramai 54 orang peserta telah menyertai pelbagai aktiviti bagi pengisian program berkenaan antaranya Pertandingan Gubahan Majalah, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Sambung Titik dan Mewarna serta Pertandingan Dart Lelaki Dewasa. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Kampung Nasi Dingin iaitu Encik Yusof bin Taib.




