
Bagi mendidik masyarakat setempat membuat capaian ilmu melalui ICT, pada 23 Oktober 2013 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna PPAT pihak Suruhanjaya Komunukasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan satu program ICT menerusi gedung ilmu : Training of the Trainers (TOT). Seramai 137 peserta yang menggabungkan Perpustakaan Awam Daerah, Pekan, Desa Negeri dan Desa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menyertainya. Program berkenaan telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dato' Hajah Nor Akmal bt. Abd Fatah, Pengarah PPAT.



