Berita & Peristiwa

KERETA

Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) melancarkan program "Jom menjadi e-wira dengan kereta elektrik Mitsubishi" ianya telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Encik Tetsuya Oda bersama-sama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) Puan Hajah Nor Akmal Abdul Fatah dan Encik Kamaruddin Kassim Pengarah Petrosains, di perkarangan PPAT pada 6 April 2013. Selain mempromosikan kenderaan elektrik yang direka khas, ia juga bertujuan memberi kesedaran  kepada golongan muda terutama kanak-kanak kearah mewujudkan bumi yang lebih hijau dan mesra alam.

 

pd atas tol

Pada 23 Mac 2013 Perpustakaan Desa Atas Tol, Kuala Terengganu telah mengadakan Aktiviti Bercerita Bersama Kak Gee. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada 24 orang kanak-kanak dan 6 orang dewasa telah menyertai aktiviti bercerita tersebut. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat masyarakat setempat dengan menjadikan perpustakaan sebagai satu tempat riadah bagi seisi keluarga.

 

Hari kancer

Pada 4 April 2013, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menyertai Program Hari Pencegahan Kanser dan Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuala Berang, Hulu Terengganu. Pada hari tersebut, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Pertandingan Dam Ular Berpasangan, Pertandingan Dart, Inspirasi P-Ramlee dan Meneka Mukasurat Buku. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu iaitu Yang Berbahagia Dato' Haji Wan Mohd Bin Wan Ibrahim yang turut sudi Menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 

PINJAMAN

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Hadiah Pinjaman Buku Terbanyak bagi peminjam buku terbanyak bagi Kategori Dewasa dan Kanak-Kanak. Ianya bermula pada bulan Mac hingga Disember 2013, pemenang bagi bulan Mac telah dimenangi oleh Adik Nur Izzah Faqihah bt. Mohamad Faizan bagi kategori Kanak-kanak manakala Encik Mohammad Faizan bin Kamari bagi kategori Dewasa. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor Akmal Abdul Fatah pada 3 April 2013.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO