Berita & Peristiwa

wasatiyyah

Satu ceramah sempena Maulidur Rasul 1434 Hijrah telah diadakan bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang pada 6 Februari 2013. Ceramah bertajuk "Nilai Wasatiyyah Dalam Pekerjaan" ini telah disampaikan oleh Ustaz Yusof Bin Salleh dari Pejabat Agama Terengganu. Seramai 80 jemputan terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan dan juga kakitangan Perpustakaan Desa di Daerah Marang hadir pada majlis tersebut.

 

Rasulullah dihatiku

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu ceramah agama bertajuk 'Rasulullah Dihati Kita' pada 14 Februari 2013 yang lalu. Ceramah agama ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Aznan bin Abdullah dari Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu. Seramai 80 orang kakitangan dari pelbagai agensi dan termasuk kakitangan perpustakaan desa negeri serta Perpustakaan Negara Malaysia telah hadir pada majlis berkenaan.

 

permata perpustakaan

Kanak-kanak adalah permata negara, selain mengeja, membaca dan mengira,  pendidikan awal kanak-kanak berfokuskan  kepada pembelajaran melalui penerokaan dan pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak itu sendiri. Salah satu usaha yang dilakukan oleh Perpustakaan Awam Daerah Kemaman untuk menanam minat membaca serta galakan  seawal usia kanak-kanak sehingga ke  peringkat dewasa  untuk  terus mengunjungi Perpustakaan ialah dengan mengadakan satu program yang dinamakan “Permata Perpustakaan”  yang telah diadakan pada 14 Februari 2013  dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kemaman.  Seramai 115 orang  pelajar Tabika Perpaduan bersama dengan 12 orang guru pengiring, telah mengikuti program tersebut. Diantara aktiviti yang diadakan bersempena dengan program ini ialah Mari Mengenal Buku, Mari Membaca,  Mari Bercerita, Persembahan Kraftangan, Persembahan Boneka dan Lawatan  khas kanak-kanak  ke Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

 

Gambar edit kursus ebook

Perpustakaan Awam Pekan Kerteh dengan kerjasama kolej Komuniti Kijal telah mengadakan Kursus Penyelenggaraan e-Book kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan tahun 6 pada 23 Februari 2013 (Sabtu). Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai cara penjagaan ebook yang betul, mengatasi kerosakan kecil dan memperkenalkan peralatan asas pembaikian ebook. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Afzan bin Abdullah dan seramai 35 orang pelajar telah menyertai kursus tersebut.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO