Berita & Peristiwa

web tayur cakna-perpustakaan-pd-seberang-tayur-baru (1)

Perpustakaan Desa Kg. Seberang Tayur Hulu  telah menjayakan   satu program  ‘ Cakna Perpustakaan”  iaitu kunjungan  menabur bakti, muafakat gotong royong masyarakat terhadap Perpustakaan Desa pada 27 Jan 2013. Pelbagai  aktiviti gotong-royong seperti membersih, memunggah buku-buku yang rosak dan memasang rak-rak buku yang berlumpur disebabkan  banjir yang melanda PD tersebut pada 25 Disember 2012. Pelbagai aktiviti Perpustakaan turut  diadakan semasa gotong royong berjalan diantaranya  Pertandingan Mewarna kanak-kanak Tadika KEMAS seramai 30 orang,  Cabutan bertuah  dan Kuiz spontan sempena sambutan  Maulidiur Rasul 1434H/ 2013M. Perpustakaan Desa Kg.  Seberang Tayur  telah menerima sumbangan sebuah Komputer meja dan buku terbitan DBP serta penyerahan  pakaian kepada Pengerusi JKKK Kampung  Seberang Tayur Hulu   yang telah  disampaikan  Presiden Majlis Belia dan Sukan Negeri Sembilan,  Puan Salwati binti Abdullah semasa majlis penutup tersebut.

 

deklamasi-sajak (2)

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan satu Pertandingan Mendeklamasi Sajak yang berkisahkan  sirah Nabi Muhammad S.A.W. pada 31 Januari 2013 , bertempat di Dewan Ilmu Perpustakaan Awam Daerah Kemaman. Seramai 9 orang  peserta telah mengambil bahagian mendeklamasikan sajak mereka secara penghafalan dihadapan pelajar sekolah dan hadirin seramai 40 orang. Pendeklamasi pertandingan tersebut telah dimenangi oleh adik Nur Jannah binti Zuhakhar dari Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Encik Tajul Abidin bin Abdullah, Bahagian Pengurusan Murid,  mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

 

pesta buku13

Pesta Buku & Novel 2013 Peringkat Daerah Dungun telah berlangsung pada 3-9 Februari 2013 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Sempena pesta buku tersebut, satu majlis perasmian telah diadakan pada 3 Februari 2013. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Yusri bin Che Hashim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Pengurusan Kurikulum Teknik dan Vokasional. Jemputan yang hadir terdiri daripada guru-guru sekitar Daerah Dungun dan juga wakil-wakil jabatan.

 

maulud

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1434H, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu turut serta menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Hulu Terengganu pada 31 Januari 2013 yang lalu. Perarakan ini telah disertai oleh pelbagai pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan, sekolah rendah, sekolah menengah serta jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung di Daerah Hulu Terengganu. Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Hulu Terengganu ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad bin Said.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO