Berita & Peristiwa

my beatiful malaysia

Pada 3 Februari 2013 yang lalu, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu turut sama menyertai program "My Beautiful Malaysia' yang disambut di seluruh negara pada hari berkenaan. Pelbagai agensi dan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung di Daerah Hulu Terengganu turut sama menyertai program ini. 'My Beautiful Malaysia' ini telah dilancarkan oleh YB Haji Rozi bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri) di Tasik Kenyir Hulu Terengganu.

 

penerimaan sijil akuan bomba2

Bertempat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menerima sijil perakuan bomba bersempena dengan perbarisan tahunan 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu pada 6 Februari 2013 yang lalu. Majlis penyampaian sijil tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu iaitu Tuan Md. Salleh bin Sarbini kepada Puan Rohani bt. Draman yang mewakili Penolong Pegawai Perpustakaan, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu.

 

berarak-edit

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman bersama pelbagai  Agensi dan Komuniti telah menyertai Perarakan Perdana Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M peringkat Daerah Kemaman pada 7 Februari 2013 (Khamis), bertempat di Taman Bandar, Chukai Kemaman. Seramai 15 orang warga Perpustakaan Awam Daerah Kemaman termasuk warga PNM telah menyertai perarakan tersebut. Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ pada tahun ini  telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B  Dato' Seri Haji Ahmad bin Said.

 

webmy

Program 'My Beautiful Malaysia’ yang dilancarkan serentak oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di bawah Program Sukarelawan Belia (1Malaysia Untuk Belia) telah diadakan pada 3 Februari 2013. Di peringkat Negeri Terengganu pula  perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu di Dataran Batu Buruk. Program ini melibatkan semua penjawat awam jabatan Negeri dan Persekutuan, Agensi-agensi, Badan-badan berkanun Negeri dan Persekutuan, Syarikat-syarikat Kerajaan Negeri (GLC), Pihak Berkuasa Tempatan, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan belia yang terdiri daripada ahli-ahli belia dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS serta pelajar sekolah menengah dan juga sukarelawan seluruh negeri Terengganu. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah turut sama menjayakan program tersebut.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO