Berita & Peristiwa

CERAMAH AGAMA  WEB KAKITANGAN PADK

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman (PADK) telah mengadakan satu majlis kerohanian iaitu Ceramah Agama kepada semua warga PADK pada 9 Januari 2013 bertempat di Dewan Ilmu PADK. Program ini bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dalam mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri kakitangan bagi meningkatkan prestasi kerja dan menjalin hubungan  ukhuwah sesama warga perpustakaan. Program ini turut dihadiri oleh warga PADK, Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Desa PNM. Penceramah jemputan ialah Ustaz Hafiz bin Kamaruddin dari Pejabat Agama Daerah Kemaman.

 

ibok pertandingan

Perpustakaan Desa Kampung Ibok telah mengadakan satu Program Semarak Jawi pada 4 Januari 2013 (Jumaat) yang dianjurkan bersama oleh Perpustakaan Desa (PNM) Zon 9, Perpustakaan Desa (PNM) Zon 11, Skuad 1Malaysia dan  Komuniti 1Malaysia. Program yang diadakan ini bertujuan menggalakkan penyertaan penduduk setempat di dalam usaha menerapkan ‘Budaya Membaca’ di kalangan mereka. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan iaitu Pertandingan Mewarna Jawi, Pertandingan Tulisan Jawi Cantik, Pertandingan Jigsaw Puzzle, Pertandingan Gubahan Tuala, Segmen Jom Baca Buku Jawi, Pertandingan Dam Ular Gergasi dan Pertandingan Meniup Belon Spontan. Penyampaian hadiah pertandingan telah dilakukan oleh Guru Besar Sek. Keb Ibok bersama Penolong Pegawai Perpustakaan Awam Daerah dan Penyelia Perpustakaan Desa (PNM) Zon 9.

 

mewarna-maulud web

Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan satu pertandingan mewarna sempena sambutan Maulidur Rasul 1434H pada 19 Januari 2013 yang lalu. Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak yang berusia antara 8 hingga 10 tahun. Seramai 26 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat mewarna di kalangan kanak-kanak di samping memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

 

keluarga aktif 2012

Sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh pengguna, Perpustakaan Awam Pekan Jerteh teleh mengadakan Anugerah Keluarga Aktif sebagai anugerah tahunan untuk disampaikan kepada pengguna yang terpilih. Pemenang anugerah ini dinilai berdasarkan jumlah pinjaman buku yang dipinjam sepanjang tahun 2012 dan kekerapan bilangan pinjaman buku. Selain itu, disiplin yang ditunjukkan dalam mematuhi segala peraturan perpustakaan juga turut diambil kira dalam menentukan pemenang. Pemenang juga sentiasa bergiat aktif di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan. Pemenang Anugerah Keluarga Aktif 2012 ini telah dimenangi oleh En. Ezani bin Mohd Zain sekeluarga. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO