
Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah menyertai Karnival Pekan Budaya Daerah Dungun pada 18 - 24 November 2012 bertempat di Perkarangan Muzium Daerah Dungun. Selain mengadakan pameran dan juga pendaftaran keahlian, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan antaranya Pertandingan Teka Muka Surat Buku, Dam Gergasi dan juga kuiz. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y. B. Datuk Haji Matulidi bin Jusoh, Ahli Parlimen Dungun.




