
Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menerima lawatan minda seramai 80 orang pelajar dan 20 orang guru pengiring daripada Tabika Kemas Zon Chalok pada 4 Disember 2012. Lawatan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tabika berkenaan fungsi sesebuah perpustakaan. Satu aktiviti bercerita telah disampaikan oleh kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Setiu iaitu En Alias bin Abd. Rahman (Pemantu Am Pejabat).




