
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat (AS) telah menganjurkan pameran foto sempena 50 tahun program Peace Corps di Malaysia pada 23 Oktober 2012 di ruang legar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bertemakan “An Enduring Bond: 50th Anniversary of the Peace Corps in Malaysia: A Photo Exhibition”. Gambar-gambar yang dipamerkan menonjolkan semangat sukarelawan rakyat Amerika yang datang ke Malaysia untuk berkhidmat di bidang pertanian, pendidikan dan teknologi bermula tahun 60-an. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Paul W. Jones ,Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pengarah PPAT, Hajah Nor Akmal Abdul Fatah. Di majlis yang sama seramai 17 peserta program English Teaching Assistants (ETAs) turut diraikan sempena menghargai jasa mereka berkhidmat di bidang pendidikan di Terengganu yang bakal berakhir November ini.




