Berita & Peristiwa

bulan bahasa 2012 copy

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu  telah mengadakan program Minggu ke Perpustakaan dan Bescomm pada 13 Oktober 2012 (Sabtu). Di antara aktiviti program yang dijalankan adalah seperti Pameran Perpustakaan, Pertandingan Dam Ular Gergasi, Congkak, Kuiz Perpustakaan, Teka Muka Surat Buku, Menaip Laju, Mencari Resipi dan Tiup Belon. Penyampaian hadiah kepada peminjam buku terbanyak dewasa dan kanak-kanak turut diadakan. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Abdul Hadi bin Mamat Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

sk saujana

Bersempena dengan Karnival Semarak Jawi yang berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober 2012, Perpustakaan Awam Daerah Setiu turut mengadakan pertandingan pintar jawi yang mana melibatkan 20 orang pelajar tahun enam daripada Sekolah Kebangsaan Saujana pada 17 Oktober 2012 yang lalu. Pertandingan ini diadakan sempena lawatan sekolah berkenaan ke perpustakaan. Antara objektif diadakan pertandingan ini adalah bagi memartabatkan penggunaan bahasa jawi bermula pada peringkat awal persekolahan.

bina perkataan

Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Pertandingan Bina Perkataan yang melibatkan pengunjung kanak-kanak pada 20 Oktober. Pertandingan ini diadakan bertujuan bagi membentuk daya kreatif kanak-kanak dalam mencari dan mencipta beberapa perkataan lain yang diambil daripada perkataan 'perpustakaan'. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

WEB HARI MALAYSIA

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan Karnival Sambutan Hari Malaysia Tahun 2012 pada 13 Oktober 2012 (Sabtu) jam 9.00 pagi - 4.30 petang bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Kemaman. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan karnival ini diantaranya pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pra sekolah dan Tahap 1  , pertandingan bercerita kanak-kanak Tahap II, pertandingan Menyusun Jigsaw Puzzle dan Dam Ular Gergasi untuk pelajar Berpendidikan Khas , pertandingan meneka mukasurat buku, pertandingan peminjam buku terbanyak, pameran agensi kerajaan/swasta,  pemeriksaan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, jualan makanan  segera A&W , jualan pakaian dan pelbagai  gerai jualan lain pada hari tersebut.  Jumlah pengunjung  yang dicatatkan adalah seramai 2815 orang (kanak-kanak 1369 orang dan dewasa 1446 orang). Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Seri Haji Wan Mokhtar, Adun Air Putih, Kemaman.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO