
Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menerima kedatangan para pelajar tahun enam daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh, Bandar Permaisuri, Setiu pada 26 September 2012. Seramai 100 orang pelajar dan enam guru pengiring telah hadir dalam lawatan tersebut . Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi mengisi masa sepanjang lawatan terbabit antaranya permainan congkak, permainan kerusi berirama, permainan dam ular gergasi dan 'let read together'. Selain itu juga taklimat ringkas berkenaan dengan peranan dan fungsi setiap bahagian turut diberikan kepada para pelajar dan guru.




