
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan pendaftaran keahlain "Mobile Registration" di SK Binjai, Kemaman pada 27 September 2012. Seramai 438 orang ahli telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan iaitu 415 orang ahli kanak-kanak dan 23 orang ahli dewasa. Aktiviti lain yang turut diadakan pada tarikh tersebut ialah perkhidmatan pinjaman buku, peraduan meneka muka surat buku, kuiz riang ria kemerdekaan dan pameran buku-buku serta majalah terkini.




