
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman turut sama menyertai pameran anjuran Tatiuc sempena Majlis Konvokesyen Tatiuc kali Ke 6 Tahun 2012 yang diadakan di perkarangan Tatiuc, Telok Kalong, Kemaman pada 21 September 2012. Seramai 100 orang ahli baru telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan iaitu 93 orang dewasa dan 7 orang kanak-kanak. Selain daripada pendaftaran keahlian, aktiviti lain yang turut diadakan ialah teka muka surat buku, pameran buku-buku terbaru dan cabutan bertuah untuk pengunjung.




