Berita & Peristiwa

bubur lambuk 2012 copy

Sempena menyambut bulan Ramadan, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu  telah mengadakan program mengacau bubur lambuk pada 09 Ogos 2012 bersamaan dengan 20 Ramadan 1433H. Program ini turut melibatkan kakitangan Perpustakaan Desa dan PNM Daerah Hulu Terengganu. Selain kakitangan, agihan bubur lambuk juga turut diedarkan kepada pengguna.

WPUASA

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dengan kerjasama Kelab Sukan PPAT dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Anak Yatim disekitar Daerah Kuala Terengganu pada 9 Ogos 2012 bertempat di Perpustakaan Awam Negeri. Majlis yang dihadiri oleh Puan Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor Akmal Abd. Fatah, Wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu Encik Mohd Khairul Anuar Muhammad , Pengerusi Kelab Sukan PPAT Encik Muhaisham Ibrahim serta tetamu jemputan ,warga kerja PPAT serta ahli keluarga. Majlis yang julung-julung kali yang diadakan telah bermula pada jam 6.00 petang dimulakan dengan penyampaian duit raya serta hamper kepada Anak-anak Yatim seramai 42 orang serta diikuti Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Maghrib berjemaah.

KHATAM

Satu Majlis Khatam Al-Quran bersempena bulan Ramadhan telah diadakan pada 14 Ogos 2012 bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Majlis tersebut adalah merupakan anjuran kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Marang dan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Seramai 590 orang  murid tahun 1 hingga tahun 6 sekolah tersebut telah terlibat dalam majlis tersebut.

WEBRAYA12

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433 Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat PPAT. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan telah dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan ,tetamu jemputan dan orang ramai dalam suasana meriah. Majlis ini merupakan acara tahunan yang pernah diadakan oleh PPATdan bermula mulai jam 10 pagi berakhir empat jam kemudian. Pihak penganjur telah menyediakan pelbagai juadah pembuka selera seperti nasi minyak, nasi dagang, lemang, rendang, cendol, kuih-muih dan minuman pelbagai perisa.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO