
Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengadakan satu pertandingan iaitu Pertandingan Sudoku Berpasangan sempena lawatan sambil belajar, pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Guntong ke perpustakaan pada 7 Ogos 2012. Lawatan ini adalah siri keempat diadakan dari sekolah berkenaan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang fungsi sebuah perpustakaan awam. Selain pertandingan yang diadakan ini, taklimat tentang perpustakaan turut diberikan dan Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menerima sebanyak 44 orang pendaftaran ahli baru.




